Thursday, 29 September 2011

KaSiHnya Ibu BeRkoRbaN NyaWa...

Hye u allz..Baru2 ni syura ada trbaca satu artikel mngnai pengorbanan seorg ibu trhadap anaknya. Ia merupakan  kisah benar tentang pengorbanan seseorg ibu ketika gempa bumi yg melanda Jepun. Syura rasa u allz mgkin prnah baca artikel ini tpi xpelah syura juz nk share dlm blog ni..Sama-samalah kita mnghayati cerita ini dan mgkin ia boleh mnjadi pedoman kpd kita smua sbg seorg ank...




Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya            dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh. “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!! 

Seorang ibu blh mnjaga 10 org anknya tpi blm tntu 10 org ank bleh jga seorg ibu..Peringatan ini bkn shj utk u allz ttp jg utk dri sy sndri..


Thursday, 22 September 2011

MarHaBaN MeNyegaRkaN IkataN...

hye u allz..sori sgt cz dh lama syura xupdate kt blog ni. Ehmm sibuk ckit dgn marhaban & open house..  : )
Ok, kt cni syura nk brkongsi dgn u allz ttg marhaban kt rmh syura haritu. Tahun ni rmh syura ambl marhaban utk lelaki jer, xmcm thn2 sblmnya ambil marhaban utk lelaki & prmpuan..He3x mklumlh bdget krg ckit thn ni..Mlm tu marhaban 4 buah rumah n rmh syura yg last skali. So, diorg mkn kt rmh syura. Ibu & abah bt soto jer..cz mskn yg pling mudh disediakn. Ehmm, Alhamdulillah ramai jgk yg datang.. : )

Ok klu nk thu, marhabn ni berasl drpd prktaan Arab spt 'ahlan wa sahlan' iaitu ucpn slmt dtg yg bermaksud mgalu-alukn kedatangan tetamu, tlh mnjadi satu amaln atau bdaya trutama di bln Syawal dgn marhaban dri rmh ke rmh..Amaln marhaban mnjadi kbiasaan bgi msykt di johor tidak kira di kwsn bandar mhupn luar bandar. Melalui marhaban, msykt di bandar blh mngmbil ksmptn utk saling mengunjungi smpna hari raya. Selain meraikan Syawal, marhaban jg amt populr dlm mjlis aqiqah, ckr jambul bayi, mjlis prkhwinan, bahkn di mjlis2 keraian dgn tjuan mmhn agr ia mndpt kbrktn. 

Here are some photos taken before marhaban...

~  Rajinnya..abah yg tgh concentare masukkan
nasi & ayam kt dlm polystrene..~

 ~ abah tgh check apa lgi yg xckup ~

  ~ Beli2..rm2 semangkuk ~


 ~ Kuih raya order dgn mkcik jer ~




~  ibu & abh..org yg pling busy mnyiapkn
 mknn utk marhaban ~

~ mknn knalah ttp...tkut ada taik cicak nanti ~



Friday, 9 September 2011

20 PeTua MuRaH ReZeki....


1. Menyempatkan diri beribadah

    Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti
    firman- Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah 
    untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
    menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan 
    penuhi tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak menutup
    kefakiranmu. "(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-hakim
    dari Abu Hurairah r.a)
     2. Memperbanyak istighfar

    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di 
    depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh
    kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan 
    melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

    Sabda Nabi s.a.w.:
   “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t 
    akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
    masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak 
    disangka.
   ” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim
    dari Abdullah bin Abbas r.a.)
     
 3.Tinggalkan perbuatan dosa


    Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa
    bukansaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. 
    Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan
    baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."(Riwayat at-Tirmizi)
    
 4.Sentiasa ingat Allah (SWT)

    Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan 
    terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada
    orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan 
    hati mereka menjadi tenteram denganmengingati Allah (SWT) . 
    Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati
    menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
   
 5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan
    agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
    hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali 
    kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
   “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah 
    buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya. 
   (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
    Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
    berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
    “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua 
    orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) 
    daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
    
 6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

   Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah 
   menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, 
   anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang 
   masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
   “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki 
   melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. 
  ” (Riwayat Bukhari)
    
7.Tunaikan hajat orang lain

   Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan
   rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti 
   sabda Nabi s.a.w.:    
  “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) 
   akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
   
 8.Banyak berselawat

   Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau 
   cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan 
   kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki 
   dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
     
 9.Buat kebajikan banyak-banyak

   Ibnu Abbas berkata:
  “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, 
   kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk 
   yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
   menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan
   makhluk lain mengutuknya.” 
     
10.Berpagi-pagi

  Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
  sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang 
  berkat.

11.Menjalin silaturrahim

   Nabi s.a.w. bersabda:
  “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan
   ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
   (Riwayat Bukhari)
 
12.Melazimi kekal berwuduk

    Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta
    pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan 
    rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
    Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya 
    Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada
    Sayidina Khalid al-Walid)
    
13.Bersedekah

   Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab 
   Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada 
   Zubair bin al-Awwam:
  “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
   Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap 
   hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan 
   pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan 
   baginya.Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)
  menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
  
 14.Melazimi solat malam (tahajud)

   Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan
   memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan 
   dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).
    
15.Melazimi solat Dhuha

   Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk 
   dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia
   tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi 
   “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas 
   mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang 
  (solat Dhuha), nanti pasti akanAku cukupkan keperluanmu pada 
  petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
     
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

    Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari 
   Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) 
   berfirman:
   “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi 
   nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
   sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: 
    “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang 
   bersyukur.” (Ali Imran: 145)
   
 17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
   Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain 
   menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi 
   fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah,
   dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan    
   rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) 
   jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
   dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan 
   dan
   murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha 
   Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki
   jika diwiridkan selalu;
   misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, 
 diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,  
   bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” 
   Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah 
  setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
                    
   
 18.Berdoa
    

   Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , 
   penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian 
   dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta 
   kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
   
19.Berikhtiar sehabisnya

   Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu 
   hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada 
   orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama 
   hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
   (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
   Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
   boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. 
   Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang 
   baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat 
  dijaganya, pemakanan dan makanan yang baik dan halal, hendak
  dapat jiran baik, dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat
  dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
     
 20.Bertawakal

   Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
   Allah (SWT) . Firman-Nya:
   “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT)
   mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
    Nabi s.a.w. bersabda:
   “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan 
    sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung 
    diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.
  ” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim 
   dari Umar bin al-Khattab r.a.)
    
          
   


Thursday, 8 September 2011

9 PeTua Doa DiMaKbuLkaN oLeH Allah S.W.T ....

  1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: ”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
  2. Sesungguhnya Rasulluah bersabda : ”Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ”Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: ”Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ”Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. ”
  6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: ”sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  7. Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Do You KnOw WhaT I did ThiS RaYa??

Hai u allz..hrini dh 10 hari kita menyambut hari raya kan..ermm terasa skjp je masa berlalu. Macam biasa setiap thn mmg syura akn brya di Terengganu. Huh perjalann dari johor-trgnu ambil masa 8jam. nsib baik blik raya thn ni jln x jam..Prjalann jauh sgt kdg2 tdr 2,3 kali bila bgn je..ehmm xsmpai2 lgi ke??But its ok...Raya kt tgnu mmg seronok cz semua spupu syura blik n diorg smuanya satu kepala..Time cmni lh utk kitaorg mlpskn rindu, brgurau senda and brgossip..he3x. Ok last day puasa ktaorg mmg akn berbuka puasa rmai2..ehmm pnuh rumah nnek syura. Nsib baiklah rmh 2 tingkt so xnmpklah crowded sgt..Rasenya adalh lbih kurang 80 org bila brkumpul..Cousin syura ada yg asal dri tgnu, Kl n family syura je yg trcampak kt johor..he3x. 

Masing2 xsbr nk tgu waktu brbuka..ehmm riuh rendah dibuatnya. Klu kt Terengganu waktu brbuka bunyi bedil (meriam) klu tmpt2 lain bila berbuka je bnyi azan kan..itulah special nya kt tgnu..Tibanya 1 syawal ktaorg mmg akn prgi smbhyg raya. Maklumlah surau kt sebelh rmh nenek jer..time tu lah ktaorng nk usha2 bju raya sapa yg cantik..he3x. Lps smbhyg raya ktaorg akn salam bersalamn dn saling bermaafan..Lps tu brulah mkn2.. : ) ok kt bwh ni schdule ktaorg..klu nk cerita mmg pnjg lh xlarat..so syura cerita ckit2 jelh.

Raya pertma-beraya di 2 buah rmh pkcik. Mkn satay,spagheti,nasi dagang n macam2 lah..kadg2 nk mkn pn rasa kekok jgk maklumlh dh sbln brpuasa kan..lps mkn brgambr plak. Ehmm ni mmg hobi ktaorg suka sgt brgmbr..hepi sgt2. ptg plak gi braya kt rmh cousin pnya father in law..mkn satay,rendang n.sembilan, n nasi kuning. Mlm plak bt BBQ kt rmh pkcik mkn nasi lemak n nasi dagang..huhuhu mkn, mkn & makan..berat bdn pn dh brtambh..Raya thn ni mmg best..4mlm brturut2 asyk celebrate bezday je..sronklh cz my fvrte is cake..hahah..here are some of the photos taken during raya celebration...lets enjoy..

 First Day Raya ~ sblm msuk rmh kna ambil gmbr dlu..

2nd  day raya ~ muka a.yeo yg kletihan cz extreamly hot weather..hu3x


~ Cheq (nenek)& mia ~




 ~ my lovely cousins ~

~ bergambar bersama nenek yg tersayang ~

~ pantai batu buruk...salah satu pntai yg brada di tengah2 bandar..
juz 5minutes frm my grndmother's house ~ 

 
~ so sweetzz ~

~ bt BBQ gna tong dram..hahaha bru dpt bakar aym bnyk2..~

~ mia ariana tgh berangan kot ~

~ posing kt msjid trapung plak..~

 ~ mcm nk main bola jer ni.. ~

 ~ ats jmbatan kayu ni pn smpt lgi berposing...
klu jtuh pn xpe..air cetek jer.he3x..~

 ~ ddk sama rndh tpi brdiri xsma tngi ~


 ~ comey2 blaka ~



 ~ last meeting kt mcd..huhuhu esk smuanya dh blik..
insyaallah jmpa h.raya haji plak.. ~