1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti
firman- Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah
untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan
penuhi tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak menutup
kefakiranmu. "(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-hakim
dari Abu Hurairah r.a)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di
depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh
kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan
melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t
akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka.
” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim
dari Abdullah bin Abbas r.a.)
” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim
dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa
bukansaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan
baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."(Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan
terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada
orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan
orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan
hati mereka menjadi tenteram denganmengingati Allah (SWT) .
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali
kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah
buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua
orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) )
daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit,
anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang
masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.
” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan
rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti
sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT)
akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau
cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan
kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki
dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk
yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan
makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang
berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan
ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
(Riwayat Bukhari)
(Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta
pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan
rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada
Sayidina Khalid al-Walid)
Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab
Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada
Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap
hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan
pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan
baginya.Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan
memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan
dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk
dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia
tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha), nanti pasti akanAku cukupkan keperluanmu pada
petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari
Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT)
berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain
menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi
fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah,
dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan
rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan
dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan
dan
murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha
murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha
Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki
jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah
setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) ,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian
dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta
kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu
hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada
orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama
hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang
baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat
dijaganya, pemakanan dan makanan yang baik dan halal, hendak
dapat jiran baik, dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat
dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT)
mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.
” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim
dari Umar bin al-Khattab r.a.)
No comments:
Post a Comment